Peluang pekerjaan bagi guru adalah baik, dimana guru berkelulusan Maktab yang berpengalaman berpeluang di naik pangkat kejawatan Guru Besar, Penolong Kanan Sekolah, Pengelola Sekolah-Sekolah atau Pegawai Pelajar. Selain daripada itu guru juga berpeluang meningkat kerjayanya melalui :
1. Melanjutkan pelajaran ke Universiti dan memohon dilantik sebagai guru siswazah
2. Menghadiri kursus tambahan 1 tahun di maktab perguruan dalam bidang khas selepas 5 tahun mengajar.
3. Mengadiri kursus yang berkaitan di dalam atau luar negeri.
Bagi guru siswazah pula peluang dinaikan pangkat ke tingkatan kanan dan seterusnya ke gred tingkatan tertinggi. Mereka juga boleh menyertai kursus ijazah lanjutan seperti sarjana, dan doktor falsafah dalam bidang pendidikan. Dengan kelulusan tambahan mereka boleh menjadi pensyarah di Maktab perguruan atau kenaikan pangkat seperti pengetua sekolah, maktab dan pengarah pelajaran.